|
BERITA SEMASA 2010
 
Penyerahan Bantuan kepada peserta Program
Peningkatan Pendapatan (PPP) 2009 telah diadakan
pada 6hb Januari 2010 yang
lepas. Seramai 7 orang peserta yang telah berdaftar
sebagai Miskin Tegar di dalam e-kasih bagi
Daerah Meradong.
 
Aktiviti 5S Pejabat
Daerah Meradong
 
 
BERITA SEMASA 2009
KURSUS PENINGKATAN PENGHASILAN KRAFTANGAN
KAYU BAGI PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
 
Program latihan kraftangan berasakan kayu ini merupakan anjuran Pejabat Daerah
Meradong & Pejabat Daerah Julau telah diadakan pada 30&31 Disember 2009
bertempat di Dewan Pejabat Daerah Meradong. Seramai 30 orang peserta dari
beberapa rumah panjang (sekitar Rh. Rami, Sungai Meradong), Meradong dan Rh.
Panjang Malang, Julau dipilih menghadiri program ini yang bertujuan meningkatkan
lagi kemahiran di samping dapat mempelbagaikan penghasilan kraftangan berasaskan
kayu. Hasil jualan kraftangan ini turut membantu meningkatkan taraf hidup dan
sosio ekonomi penduduk yang terlibat apabila mereka mampu menjana pendapatan
sendiri hasil daripada jualan produk kayu tersebut.
PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN 2009
Program Pembangunan Minda Insan bagi Daerah Meradong telah diadakan pada 30
Novemcer hingga 2 Disember 2009. Fokus program adalah untuk membangunkan
pemikiran di kalangan peserta yang terdiri daripada penduduk yang berdaftar di
sistem e-kasih.
 
 
 
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab RANDO
telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Pejabat Daerah Meradong pada 15
Oktober 2009 yang lalu. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang
Berhormat Dato Sri Haji Mohamad Asfia Bin Hj Awang Nasar, Speker Dewan Undangan
Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.36 Semop serta isteri,
YB Ding Kuong Hiing Ahli Parlimen Bahagian Sarikei P.208, YB AbuSeman Bin Jahwie
Ahli Dewan Undangan Negeri N.38 Jemoreng, Temenggong Junia Olia serta
Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Daerah Meradong. Seramai
hampir 300 orang telah menghadiri majlis tersebut.
Mengeratkan silaturahim di antara Pemimpin-pemimpin,
kakitangan Pejabat Daerah Meradong serta Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat
dan Ketua Kaum di Daerah Meradong merupakan tujuan utama majlis ini. Bersempena
dengan majlis ini, penyerahan sijil lantikan kepada Ketua Kaum yang dilantik
sebelum 1 Mac 2006 iaitu seramai 100 orang turut diadakan. Kelab RANDO
berkesempatan mengambil peluang ini untuk memberi sumbangan ikhlas kepada 3
orang penerima yang layak. Majlis turut diserikan dengan upacara memotong kek 1
Malaysia sebagai tanda julung kalinya majlis ini diadakan.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Penyerahan
Tugas sebagai PEGAWAI DAERAH MERADONG
daripada Mantan Pegawai Daerah Meradong Tn Mohamad
Junaidi Mohidin kepada Pegawai Daerah Meradong
yang baru Tn Mastapa Bin Hj Julaihi telah
termaktub pada 28 Mei 2009.
BERITA SEMASA 2008
Perhimpunan
Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke 33 di Kuala
Lumpur (2 hingga 3 November
2008)
Lawatan Residen Bahagian Sarikei ke Kebun Encik
Fabian Ak Uchong, Pemenang Anugerah Petani Jaya 2008,
Peringkat Negeri Sarawak 2008 (4
November 2008)
Majlis
Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2008 SMK Bandar (6
November 2008)
Randau Adat Iban (20
November 2008)
Majlis Penyampaian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2007 (21
November 2008)
Pertandingan Sepak Takraw MAKSAK
Daerah Meradong (23
November 2008)
Hari Perkhidmatan Awam di Sibu (25
November 2008)
Program Pengurusan Emosi Wanita
anjuran Majlis Wanita Dan Keluarga P.208 Sarikei (15
November 2008)
Majlis Penyampaian Program Bantuan
Makanan anjuran KEMAS (16
November 2008)
Sessi Dialog Bersama Ahli RELA
Daerah meradong (16
November 2008)
Lawatan Panel Penilai Anugerah
Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) ke Pejabat
Daerah Meradong (19
November 2008)
Kejohanan Sepaktakraw
MAKSAK Daerah Meradong 2008
telah berlangsung di Stadium Tertutup, Bintangor anjuran
PDRM Daerah Meradong, pada 23 November 2008 yang
lalu. Semua Badan-Badan Berkanun
dan Jabatan Kerajaan di Daerah Meradong telah dijemput untuk menyertai pertandingan
tersebut. |